Tarian tradisional "Ganggangsullae” tarian melingkar yang biasanya ditampilkan ketika ChuSeok
Sepertimana lagu Arirang yang menjadi simbol budaya di Korea, Ganggangsullae juga adalah antara ciri budaya yang membentuk masyarakat di negara ini. Ganggangsullae merupakan salah satu daripada tradisi rakyat Korea, yang mana ia dipanggil ‘permainan rakyat’ oleh masyarakatnya.
Ganggangsullae
(강강술래)
adalah suatu bentuk kesenian tradisional Korea yang menggabungkan elemen tarian
bersama nyanyian. Ia merupakan tarian Korea purba yang digunakan untuk membawa
hasil pertanian yang subur dan akhirnya menjadi simbol budaya Korea. Menariknya,
tarian ini adalah khusus untuk golongan wanita sahaja. Tarian ini biasanya
dipersembahkan sewaktu perayaan Chuseok dan Daeboreum. Ia telah diisytiharkan
sebagai salah satu khazanah budaya di Korea dan dipelihara keasliannya untuk
generasi akan datang.
Maksud
sebenar istilah ganggangsullae ini sukar untuk dikenalpasti, kerana ia telah
diberitahu secara turun temurun dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi. Namun,
istilah ini paling menepati perkataan asal daripada dialek Jeolla-do, yang mana
‘gang (gam)’ bermaksud bulatan dan ‘sullae (su-re)’ pula bermaksud berpusing
bersama-sama. Ini membentuk istilah ganggangsullae yang membawa erti
berpusing-pusing dalam bulatan.
Pada
era Joseon, golongan wanita mempunyai peraturan yang ketat untuk membuat
apa-apa persembahan kesenian serta mendedahkan diri mereka. Namun, untuk
ganggangsullae, hanya wanita sahaja yang dibenarkan menyertai tarian ini kerana
golongan lelaki waktu itu dilarang daripada menyertai apa-apa ritual kerana
pegangan ajaran Confucian. Sewaktu bulan penuh, wanita di kampung-kampung akan
menari ganggangsullae sepanjang malam bagi meraikan perayaan Chuseok (tahun
baru dalam kalendar Lunar) bagi mengharapkan hasil pertanian mereka kekal subur
sepanjang tahun.
tarian
ganggangsullae ini juga sebenarnya memberi makna yang lebih besar buat golongan
wanita pada waktu itu. Ganggangsullae adalah simbolik untuk mereka melepaskan
rasa marah dan kecewa mereka terhadap masyarakat patriarki sewaktu era Joseon.
Ketika itu, kebanyakan rakyat banyak meluahkan perasaan mereka dalam nyanyian
lagu dan tarian. Golongan wanita Joseon menyanyikan lagu bagi ganggangsullae
dengan lirik yang mencerminkan kehidupan mereka sebagai wanita era tersebut.
Keperitan hidup, putus asa, kekecewaan, bagaimana untuk bertahan hidup dan
takdir yang mereka terima kerana menjadi seorang wanita telah diluahkan melalui
ganggangsullae.
Source : https://www.thepatriots.asia/ganggangsullae-kisah-tarian-purba-korea-dalam-bulatan/
Komentar
Posting Komentar